Notis privasi & syarat guna
Siapa kami
Coin Pelajar dikendalikan oleh Dynoz.Cop (Malaysia), pengguna data di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Hubungi kami melalui WhatsApp 011-35344769 untuk sebarang pertanyaan atau aduan tentang data anda.
Data yang kami simpan
Pensyarah: nama, emel dan kata laluan (disimpan sebagai hash yang tidak boleh dibaca semula, bukan teks asal).
Pelajar: nama paparan yang anda pilih, kumpulan (jika pensyarah tetapkan) dan kata laluan (disimpan sebagai hash). Kami tidak minta nombor matrik, nombor IC, alamat atau nombor telefon.
Rekod coin: setiap pemberian, kelulusan dan tolakan tuntutan (siapa, bila, sebab, jumlah). Rekod ini tetap dan tidak boleh diubah, supaya adil kepada semua.
Ganjaran: rekod tebusan ganjaran (nama ganjaran, coin, status) disimpan supaya adil; catatan pensyarah pada tebusan dibuang bila akaun dipadam.
Watak & kedai: item yang dibeli (dengan coin), item yang dipakai dan warna kulit watak. Rekod belian juga tetap. Sebab pemberian coin yang ditulis pensyarah kekal dalam rekod kelas, jadi pensyarah dinasihatkan tidak menulis maklumat peribadi di situ.
Siapa boleh lihat
Pensyarah hanya nampak kelas sendiri. Pelajar nampak baki, sejarah coin, tuntutan dan tebusan ganjaran sendiri sahaja.
Papan pendahulu: secara bawaan ia menunjukkan nama paparan dan jumlah coin diterima setiap pelajar kepada rakan sekelas (10 teratas dan kedudukan anda). Pensyarah boleh tukar kepada "tanpa nama" (nama rakan disorok) atau tutup papan. Kalau anda tak selesa, guna nama paparan yang tidak mendedahkan nama penuh.
Kami tidak jual atau kongsi data dengan pihak lain.
Lokasi simpanan: data disimpan di pelayan sewaan Biznet Gio di Indonesia. Dengan menggunakan Coin Pelajar, anda bersetuju data anda dipindahkan dan disimpan di sana. Akses dihadkan kepada Dynoz.Cop sahaja.
Hak anda
Pelajar boleh padam akaun sendiri di halaman pelajar (bahagian "Padam akaun"), atau minta pensyarah padamkan. Nama dan teks tuntutan anda dibuang; rekod angka coin kelas kekal tanpa nama supaya adil kepada semua. Untuk salinan data atau akaun pensyarah, hubungi Dynoz.Cop melalui WhatsApp 011-35344769.
Tempoh simpanan
Akaun yang tidak digunakan selama 12 bulan dipadam secara automatik: nama, emel dan kata laluan dibuang. Jika akaun pensyarah dipadam, kelasnya ditutup dan akaun pelajar dalam kelas itu turut dipadam. Rekod angka coin kelas kekal tanpa nama supaya adil kepada semua. Sandaran pangkalan data disimpan di pelayan yang sama sahaja (14 salinan harian terakhir, berputar), jadi data yang dipadam hilang sepenuhnya dalam masa 14 hari.
Syarat guna
Coin tiada nilai wang dan tidak boleh ditukar dengan duit. Pensyarah bertanggungjawab ke atas pemberian coin dalam kelas mereka. Jangan guna nama paparan yang kesat atau menyamar orang lain.
Privacy notice (English summary)
Coin Pelajar is operated by Dynoz.Cop (Malaysia), the data user under the Personal Data Protection Act 2010. We collect: for lecturers, name, email and a hashed password; for students, a chosen display name, optional group and a hashed password. We do not collect matric numbers, IC numbers, addresses or phone numbers. Coin, purchase and reward records are kept permanently for fairness. By default the class leaderboard shows each student's display name and coins received to classmates; lecturers may switch it to anonymous or turn it off. Data is stored on a rented Biznet Gio server in Indonesia. Accounts inactive for 12 months are deleted automatically (names and emails removed; anonymous coin totals remain); when a lecturer account is deleted, its classes and student accounts are deleted too. Backups are kept on the same server only, rotated after 14 days. Students can delete their own account on the student page. We do not sell or share data with third parties. Contact: WhatsApp +60 11-3534 4769.